Pages

Thursday, March 14, 2013

Part time I

Hari nie first day start kerja kat kiosk. Sangat mencabar.

Kenapa mencabar? Okay, mencabar sebab tetiba jew customer datang reramai. Tapi waktu kemuncaknya pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Memang kelam kabut lah. Salah tekan lah apa lah. Semuanya not okay!!

Kadang-kadang rasa macam nak give up jew. Tapi bila fikir balik takpelah, nie pengalaman yang aku boleh dapat. Bila dah habis belajar nanti kena kerja kita tak tahu susah ke senang ke. At least kita macam dah lali kena marah ke apa ke kan.hehee

Mana tak kelam kabutnya. Datang datang jew, orang tuh suh tengok dan terus buat untuk jadi cashier. Biasalah baru-baru still slow lagi. Aku ni asyik buat silap jew pastu macam kena marah lah tapi aku macam buat-buat tak dengar jew apa yang dibebelkan *macam jahat jugak aku ni* heheee. Tapi apa yang baik kita ambil.

Aku tak pernah kerja kot macam ni. Rasanya macam lebih rela cuci pinggan dari jadi cashier dan ambil order. Takpe, kawan aku suh aku sabar. Okay aku akan sabar dan buat lek lek jew. Harap besok takde dah buat silap ke salah ke. Nasib baik esok 2 jam sahaja. Hari macam penat sebab 4 jam berdiri tanpa duduk. Okay itu perkara biasa jew kot pasni. InsyaAllah.

Masa lepas SPM dulu aku kerja mengajar budak jew pastu bila dah dapat masuk matrik dan universiti dah tak mengajar dah. Kadang-kadang macam rindu nak mengajar budak-budak tuh.

Tapi sebenarnya dorang (pekerja situ) tuh memang baik pun. Sakit hati kejap jew dengan dorang pastu dah lupa dah. Yela kita kena selalu Forgive & Forget (2F) kan.

Lastly pray for me ye untuk terus sabar dan kuat dalam apa jua bidang kerjaya dan kerja. aminn

No comments:

Post a Comment