Pages

Sunday, March 24, 2013

Nasi Sudah Menjadi Bubur

Hmmm, lepas buat baru tersedar. Ni la orang kata, terlajar perahu boleh diundur, terlajar kata/perbuatan padah ditanggung diri sendiri.

Macam gila kejap sebab dalam masa beberapa minit aku boleh terpengaruh untuk beli alat yang simple macam tuh? Duit aku, family aku pun terbang macam tu jew? Aku boleh beli alat belajar english harga dia dalam RM2,300??!!

Ya Allah, kenapa aku tak tolak? Kenapa aku tak boleh nak terus terang? Kenapa aku cepat sangat bersetuju? Ya Allah!!! Berilah petunjuk kepada hambaMu ini.

Bila dah beli, dah dapat benda tuh rasa menyesal jap.hmmmm tapi nak buat macam mana semua ni dah terjadi. Semua ni salah aku jugak. Aku perlu bertegas.!


Okay, nilah bendanya yang hampir RM2,300.

Tapi aku takdelah kena bayar sekaligus, ansuran katanya. So, tiap2 bulan aku kena bayar RM100 lebih. So, 19 bulan baru habis bayar. Lagi plak kalau aku tak settle bayaran aku dalam masa tu, dia akan charge interest..Fuuuhhhhh!!! Gila menyesal jap.huhuhuu

Barulah dapat berfikir dengan waras bila dah terbuat semua ni. Tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Beli pun dalam keadaan terpaksa kann...hmmm Itu sebab aku tak suka nak dengar penjual cenggini nak cakap cakap. Dorang tu semua pandai bercakap dohh!

Aku plak jenis yang okay jew semua. Jenis yang tak kisah..hmmm sudah sudah lah fikir tuh. Benda dah jadi kan. So, apa yang patut fikir, esok aku ada presentation dan kena hantar report skali. Kali ni aku yang kena compile dan print. Ok STOP THINKING & BE POSITIVE!!!

Doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. InsyaAllah. amin.

Thursday, March 14, 2013

Part time I

Hari nie first day start kerja kat kiosk. Sangat mencabar.

Kenapa mencabar? Okay, mencabar sebab tetiba jew customer datang reramai. Tapi waktu kemuncaknya pukul 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Memang kelam kabut lah. Salah tekan lah apa lah. Semuanya not okay!!

Kadang-kadang rasa macam nak give up jew. Tapi bila fikir balik takpelah, nie pengalaman yang aku boleh dapat. Bila dah habis belajar nanti kena kerja kita tak tahu susah ke senang ke. At least kita macam dah lali kena marah ke apa ke kan.hehee

Mana tak kelam kabutnya. Datang datang jew, orang tuh suh tengok dan terus buat untuk jadi cashier. Biasalah baru-baru still slow lagi. Aku ni asyik buat silap jew pastu macam kena marah lah tapi aku macam buat-buat tak dengar jew apa yang dibebelkan *macam jahat jugak aku ni* heheee. Tapi apa yang baik kita ambil.

Aku tak pernah kerja kot macam ni. Rasanya macam lebih rela cuci pinggan dari jadi cashier dan ambil order. Takpe, kawan aku suh aku sabar. Okay aku akan sabar dan buat lek lek jew. Harap besok takde dah buat silap ke salah ke. Nasib baik esok 2 jam sahaja. Hari macam penat sebab 4 jam berdiri tanpa duduk. Okay itu perkara biasa jew kot pasni. InsyaAllah.

Masa lepas SPM dulu aku kerja mengajar budak jew pastu bila dah dapat masuk matrik dan universiti dah tak mengajar dah. Kadang-kadang macam rindu nak mengajar budak-budak tuh.

Tapi sebenarnya dorang (pekerja situ) tuh memang baik pun. Sakit hati kejap jew dengan dorang pastu dah lupa dah. Yela kita kena selalu Forgive & Forget (2F) kan.

Lastly pray for me ye untuk terus sabar dan kuat dalam apa jua bidang kerjaya dan kerja. aminn

Sunday, March 10, 2013

Memendam Rasa

Biarlah perasaan ini terkubur di dalam hati aku saja. Aku tak berani untuk menaruh harapan atau memberi harapan. Aku takut!! Takut dilukai, dikecewakan buat kali kedua.

Aku juga takut ditolak. Orang kata cinta tidak mengenal usia TAPI aku mengenal usia itu. Orang kata jodoh itu rahsia Allah TAPI perlu disertakan dengan usaha dan doa.

TAPI bagaimana caranya usaha untuk kita mendekatkan diri kita dengan jodoh kita, walhal kita tidak tahu siapakah jodoh kita?

Orang kata lagi, jika kita berkenan pada seseorang, berdoalah agar kita disatukan dengan si dia. Biarpun terpaksa memendam rasa, namun bak seorang yang sedang berjihad di jalan Allah jika kita terus memendam sehingga kita menemui ajal. Betul ke semua ni?

Aku seorang manusia yang hanya mampu memendam rasa.

Tuesday, March 5, 2013

Jalan Jalan Cari Barang + Makan

Owww semalam memang hari keluar jalan-jalan sedunia ke?? Like all examination had finish already and this is the last day to see them after this.

Kenapa beriya sangat kitorang keluar? Alasannya sebab nak beli jam dan beg aku. FUhh!! Memang gilaaa serba salah dengan dorang semua. Memang aku pun nak beli TAPI aku ingat nak pergi cari sendiri memandangkan minggu ni aku asyik balik rumah so, memang tak sempat untuk aku meronggeng seorang diri.

Selasa (26 Feb 2012)

Kelas memang seperti biasa pada pukul 8.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Then the next class pada pukul 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. Tapi memandangkan lecturer kelas petang ada hal, kelas habis dalam sejam awal kot.

OKay!! Then bermulanya perjalanan mencari beg untuk ke kelas dan jam tangan.

First, we all going to Metro Kajang. Macam biasa coolblog memang akan dibeli, solat asar (tunaikan yang wajib dulu) then baru pergi shopping.

Cari punya cari inilah dia hasil dari pencarian beg.


For the second item, watch. Oww, jam tangan kat Metro Kajang yang high class (bukab high apa, tapi macam mahal sebab duit dah sengket)

Bincang punya bincang, next destination Econsave. Kat situ memang banyak jam tangan. Hasil pencarian.



Then owww, dorang ada lagi plan memandangkan kami semua belum dinner lagi. Okay, ada orang mengidam nak makan sate kajang. So, confirm tempat yang nak dituju adalaahhhh..... Sate Kajang Hj. Samuri.!!!


Okay after siap dinner. Next place is Downtown Kajang. Wahhh!!! Pergi sana dorang ternampak plak jam tangan yang macam antique dan semuanya beliiii. Okay dalam satu hari aku beli dua jam. Kayaa!! Kayaa!! Inilah gayanya jam antique tuhh..TAPI ini yang aku punya


Kami semuaaa!!!
(okay, gambar akan dimasukkan kemudian. Lama beno tertangguh post nii)


By the way, TERIMA KASIH banyak-banyak kat korang. Minta MAAF jugak if ada terkasar bahasa, terhutang, dan semua salah silap yang disengajakan ataupun tidak. SAYANG korang!!!