Pages

Sunday, June 3, 2012

6 - Final exam

Pejam celik. Pejam celik. Pejam celik. Eh, dah tahun 3 sem 2 dah. Ada setahun lagi nak habiskan degree. Cepatnya masa berlalu kan.

Ohh~mata tolong lah bertahan demi tuanmu yang tercinta. Aku ingin tingkatkan pointer sem ni. Tolong hamba-Mu ini Ya Allah.

Sekarang ni musim cuti sekolah. So, ramai jugak lah pasangan yang telah mendirikan masjid. Yes.! Mendirikan masjid itu satu perkar yang mulia.

Mama, anak mama dah tak larat nak berkenalan dengan insan yang bergelar lelaki. Ya, anak mama taw belum ada jodoh lagi untuk kami bertemu. Tapi ia amat menyakitkan dan memedihkan. So, anak mama dah putuskan supaya mama dan abah sahaja yang mencarinya.

Terima Kasih mama & abah. I Love both of U.

Eh eh. Sebenarnya citer pasal final exam. Tetiba terkeluar pasal jodoh plak. haish. Usia yang semakin lanjut membuatkan kita sering terfikir. Tapi apakan daya kita, Allah yang menentukan segalanya. Kita hanyalah merancang. Apa yangg perlu kita lakukan, berdoa memohon kepada-Nya dengan hati yang ikhlas.

Jom sambung study. (^__^)v