Pages

Monday, February 25, 2013

Buah MAngga

Pada malam sebelum aku balik rumah abang, akak ada call aku.

Akak: Assalamualaikum..

Aku: Waalaikumussalam. Kenapa call??

Akak: Saja jew. Mama nak nak tanya pasal buah mangga yang bawak hari tu. Elok ke tidak? Habis ke semua?

Aku: Oww..elok jew semua. Ada jugak la masam masa sikit. Kenapa?

Akak: Takdelah, mangga yang tinggal kat rumah semuanya masam, tak elok (patutlah sampai abah pun cakap macam nak campak jew semua mangga tuhh, kesiannyaa..tapi pandai gak aku pilih eaa...hahaa) nie, Muaz nak cakap nie...

Aku: Okeyy. MUazzz!!! Buat pe?? Dah makan?? (soalan lazim yang ditanya bila bercakap dengan anak buah)

*comot sebab tengah makan nasi kicap dengan telur mata kerbau*

*******

Akak: Nah, cakap dengan mama.

Aku: Hello mama!! (amboii dah macam mat salehh...huhu)

Mama: Assalamualaikum.!!

Aku: hehehee Waalaikumussalam..(tersipu malu)

Mama: Hah!! dah cari belum??

Aku: Hah?? Cari apa nii? (seakan terhalang untuk memahami maksud mama)

Mama: Cari calon laaa..dah jumpa belum??

Aku: Alaaaaa..mama niii. Kan hari tu suruh mama dengan abah tolong carii kann.. carii kan lahh..

Mama: Carii lah sendiri. Kita yang nak pakai seumur hidup. Mana boleh orang carikan. 

Aku: Okeyy mama..tak kisah lah negeri mana kan..hehee

-------------------------------------------------------------

Tuupp!!

Enough!! Stop right here. If i continue to this story, many many more i'll think and will make me be a silent person. Kbai. (baru nak belajar balik bahasa omputih)






Friday, February 22, 2013

Bilakah perbualan ini akan berakhir?

bersambung..........

Calling......

Tutt...Tuuttt... Ttuuutt..Ttuuutt ...Kekutt!!

Aku: Assalamualaikum Abah....tengah buat pe?

Abah: Waalaikumussalam. Tak buat pape pun, baru lepas makan. Dah makan?

Aku: Dah makan dah tadi kat rumah abang. Baru sampai kolej niii..Abah, betul ke Faha nak bertunang? Abang cakap dia ada terdengar Abah cakap dengan Faha tapi dia tak sure betul ke tak. 

Abah: A'ah, betullah tu tapi tak taw bila lagi. Dia cuma bagitaw jew.

Aku: Oww, macam gitu kee...ok takpelah kalau macam tu. 

Abah: Nak cakap dengan Mama tak?

Aku: Boleh jugak.

************

Mama: Haaa, buat pe?

Aku: Tak buat pe. Baru sampai kolej. Telefon ni cuma nak tanya pasal Faha betul ke dia nak tunang. Abang yang tanya tadi.

Mama: Oww, eh taw dari mana nii? Abah bagitaw ke?? 

Aku: Taklah, Abang bagitaw sebab dia ada terdengar Faha borak dengan Abah hari tu.

Mama: Dah tu, kita (ditujukan kepada aku) pun carilah calon menantu Mama. Intai-intai jugak. Kan dah nak habis belajar tu. 

Aku: Alaaa Mama....tak retilahhh...Mama dengan Abah lah tolong carikan. Bolehh laa..bolehh laa..

Mama: Carilah sendiri. Kita kan tengah belajar, mestilah kenal ramai orang. 

Aku: Memanglah tengah belajar Mama. Tapi kalau kawan lelaki tu sikit jew. Tak kenal ramai pun. (Lagipun semua macam dah berpunya jew).

Mama: Mama tak kira. Mama nak buat sekali gak majlis kawin tu. Senang. Tak payah penat-penat buat dua kali.

Aku: Alaaaa Mama..kalau dah sampai jodoh dia, bagi jela dia kawin duluuu..

Mama: Kalau boleh Mama tak nak lah langkau langkau camnie. Biar ikut turutan.

Banyak jugak yang dibebelkan pada aku. Lek luuu, heroin kat sini jew. Hero nya jew entah ke mana.

Aku: Baiklahh Mama. InsyaAllah kalau tak dipertemukan di dunia, Syurga menanti. Amin. Ok dah takde pape nak cakap dah. Lain kali plak ye. Assalamualaikum.

Mama: Waalaikumussalam..

Ketaakk!!

------------------------------------------------------------------------

Huh!!! Perkara ini betul betul mengusutkan fikiran akuu..!! oohhhhh.. tidakk!! Ya Allah tolonglah berikan ku petunjuk Mu Ya Allah.


bersambung.....






Thursday, February 21, 2013

Siapa Bakal Imamku?

Berdebar?? Risau??

Oww TIDAK!!! Jangan begitu wahai hamba Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Dia memberi apa yang diperlukan hambaNya bukan apa yang dikehendaki oleh hambaNya.

Kebanyakkan orang dah mempunyai pilihan hati. Aku? Masih lagi membujang. Abang-abang dan kakak semua dah berkahwin. Sekarang cuma tinggal giliran aku jew. Tapi aku masih belum mempunyai calon.

Janganlah Mama memaksa anak Mama mencari pasangan. Kadang-kadang terasa jugak tekanan hidup membujang. Baru aku faham!!

---------------------------------------------------------------------
Abang: Eh, betul ke Faha nak tunang?

Aku: Mana taw? Dia tak cerita pape pun.

Abang: Abang dengar dia cakap on the phone dengan Abah tapi bila abang tanya dia, dia tak nak bagitaw.

Aku: Hmm, nape tak tanya abah sendiri. Kan senang.

---------------------------------------------------------------------

Malam tu aku terus call Abah. Betul ke adik aku tu nak tunang. Kalau dia nak kawin dulu pun tak kisah. Dah jodoh dia sampai awal. Tapi Mama punya plan majlis kawin nak disekalikan. Macam mana niii??


bersambung.........


Wednesday, February 20, 2013

# Bukan itu maksud ku.

Berkawan, biarlah hingga akhir hayat. Tapi bila berkawan ada batas pergaulannya. Tambah-tambah lagi antara lelaki dan perempuan.

Semakin meningkat dewasa semakin banyak perkara yang ingin difikirkan. Especially tentang berkeluarga. 

Tambah-tambah lagi, pada zaman sekarang semua orang sudah mempunyai pasangan masing-masing. ohh!! Jarang sekali jika mahu melihat seseorang tanpa pasangan di sisi. Aku pun berkeinginan seperti itu. Tapi walaubagaimana pun aku rela memilih single dari double. Eh!! Couple laa!!

::::Sepucuk surat ini ditujukan khas untuk awak.::::

----------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..

Saya harap awak sihat di samping keluarga tercinta. Tujuan saya mewarkahkan tulisan ini adalah untuk memberitahu awak, apa yang tidak sempat untuk saya luahkan kepada awak.

Bukan itu maksud saya. Berat juga hati ini untuk melepaskan awak pergi. Awak sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tiga tahun kita kenal mungkin bukan satu perkenalan yang lama. Kita hanya berhubungan di alam cyber. 

Awaklah teman untuk bersembang, teman untuk bergelak tawa saya. Saya tahu, awak mungkin salah faham dengan tindakan saya. Tapi demi menjaga perasaan saya, saya terpaksa ketepikan awak. Saya tak mahu awak menaruh harapan dan tak mahu memberi awak harapan lagi.

Maafkan saya kerna saya terpaksa pergi dari hidup awak. Hanya 3 sebab, hanya 3 sebab saya terpaksa menolak awak. Satu, yang paling penting adalah awak merokok. Saya nak hidup dengan menghirup udara segar. Dua, kerja tetap adalah penting dalam menjamin ekonomi sesebuah rumahtangga. Akhir sekali, awak satu negeri dengan ex saya. Mungkin sebab last sekali unreasonable tapi mungkin setakat ini saja hubungan kita sebagai kawan.

TERIMA KASIH sebab sudi menjadi kawan saya. Sudi meluangkan masa untuk berborak, bercerita dengan saya. Saya juga mohon MAAF jika saya ada buat salah dan silap sengaja atau tidak, terkasar bahasa, dan janji-janji yang tidak dapat saya tunaikan.

Sekian.

Yang Benar,
Bintang

--------------------------------------------------------------------------------