Berkawan, biarlah hingga akhir hayat. Tapi bila berkawan ada batas pergaulannya. Tambah-tambah lagi antara lelaki dan perempuan.
Semakin meningkat dewasa semakin banyak perkara yang ingin difikirkan. Especially tentang berkeluarga.
Tambah-tambah lagi, pada zaman sekarang semua orang sudah mempunyai pasangan masing-masing. ohh!! Jarang sekali jika mahu melihat seseorang tanpa pasangan di sisi. Aku pun berkeinginan seperti itu. Tapi walaubagaimana pun aku rela memilih single dari double. Eh!! Couple laa!!
::::Sepucuk surat ini ditujukan khas untuk awak.::::
----------------------------------------------------------------------------
Assalamualaikum..
Saya harap awak sihat di samping keluarga tercinta. Tujuan saya mewarkahkan tulisan ini adalah untuk memberitahu awak, apa yang tidak sempat untuk saya luahkan kepada awak.
Bukan itu maksud saya. Berat juga hati ini untuk melepaskan awak pergi. Awak sudah menjadi sebahagian dari hidup saya. Tiga tahun kita kenal mungkin bukan satu perkenalan yang lama. Kita hanya berhubungan di alam cyber.
Awaklah teman untuk bersembang, teman untuk bergelak tawa saya. Saya tahu, awak mungkin salah faham dengan tindakan saya. Tapi demi menjaga perasaan saya, saya terpaksa ketepikan awak. Saya tak mahu awak menaruh harapan dan tak mahu memberi awak harapan lagi.
Maafkan saya kerna saya terpaksa pergi dari hidup awak. Hanya 3 sebab, hanya 3 sebab saya terpaksa menolak awak. Satu, yang paling penting adalah awak merokok. Saya nak hidup dengan menghirup udara segar. Dua, kerja tetap adalah penting dalam menjamin ekonomi sesebuah rumahtangga. Akhir sekali, awak satu negeri dengan ex saya. Mungkin sebab last sekali unreasonable tapi mungkin setakat ini saja hubungan kita sebagai kawan.
TERIMA KASIH sebab sudi menjadi kawan saya. Sudi meluangkan masa untuk berborak, bercerita dengan saya. Saya juga mohon MAAF jika saya ada buat salah dan silap sengaja atau tidak, terkasar bahasa, dan janji-janji yang tidak dapat saya tunaikan.
Sekian.
Yang Benar,
Bintang
--------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment