Satu hari Amy membisikkan sesuatu kepada kawannya, Id.
"Id, Amy terdengar-dengar ada orang tanya Id dah berpunya ke belum."
"Siapa yang tanya tu?" Balas Id dengan relax dan cool.
"Mana boleh cakap, tapi orang yang minat Id tu, sama negeri dengan Id." Balas Amy.
"ooo yeke...takpelah kalau tak nak gtaw." Balas Id dengan nada yang kecewa dan berlalu pergi.
Dalam hati Id "Siapalah yang berkenan kat aku tu."
Malam tu, kami bertungkus lumus menyiapkan assignment yang perlu kami present keesokkan harinya.
Tiba-tiba Amy bertanya lagi depan kawan-kawan kami, "Id....Id...Id dah berpunya belum?"
Id tersentap!! Tambah dengan segan yang amat sangat. Dalam hati Id."Sebenarnya korang pun taw aku dah berpunya ke belum, kenapa masih bertanya? Saja ea, nak kan kepastian ke?" Id berlalu pergi.
Hati Id resah gelisah, ingin sangat untuk tahu siapakah secret admire tu? Tapi Id sedaya upaya menenangkan hatinya supaya tidak tersalah jalan dan mengikut perasaan.
Seminggu selepas itu, Id melakukan solat istikharah sebagaimana yang disarankan jika kita hendakkan petunjuk dari Allah yang Maha Mengetahui. Untuk memilih adakah ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk dirinya.
Selepas itu, Id menelefon maknya di kampung.
"Mama, ada cerita yang Id nak bagitaw mama."
"Apa ceritanya?"
"Mama, sebenarnya....sebenarnya...kalau ada orang minat kat Id dan dia 1 negeri dengan kita, Id reject dia terus boleh? Mama pun taw yang Id tak nak bakal suami Id sama negeri dengan Id"
Jangkaan Id, mama akan menjawab "Tak payah nak menggatal lagi, habiskan belajar dulu."
Tapi jangkaan Id meleset. "Orang mana? Tinggal mana? Cuba kenal dengan dia dulu. Jangan nak main reject jew terus."
"errr...hmmm...tak taw mama. Kawan Id yang bagitaw." Balas Id tergagap-gagap tidak menyangka mama akan memberi jawapan sedemikian.
Mungkinkah ini petunjuk dari Allah? Sampai sekarang Id masih tertanya-tanya. Apa yang diharapkan Id sekarang adalah semoga secret admire Id, ikhlas untuk menerima Id seadanya.
"Ya Allah, sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat.
Ya Allah, sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku." Amin.
bersambung......