Hujung minggu Id banyak meluangkan masa dengan keluarga abangnya. Keluar jalan-jalan, makan sama-sama adalah rutin hujung minggu yang sudah biasa dilakukan. Id masih memikirkan macam mana dia nak memulakan perbualan tentang 'secret admire'nya.
Id memulakan perbualan apabila line sudah clear (abangnya tiada di samping isterinya) "Akak, Id nak tanya. Camne akak boleh terima abang?".
"Ohh~bukan senang-senang akak terima abang Id sebagai teman hidup akak. Akak buat solat istikharah selama sebulan juga. Dalam masa yang sama, akak sukakan seseorang jugak. Tapi tiap kali solat, akak berdoa ;Ya Allah, jika Dia yang telah Engkau pilih untuk aku terbitkanlah rasa suka, cinta dan sayang antara kami dan jika tidak jauhkanlah perasaan suka, cinta dan sayang antara kami. Selepas tu, perasaan suka akak pada seseorang tu hilang. Akak sukakan abang Id pulak...hehehee" Cerita kakak Id dengan panjang lebar serta gelak kecil segan mengenangkan bibit cinta yang ingin mula berputik.
"Oooo, macam tu ke? Ok kak, terima kasih banyak-banyak." Kata Id. Dalam hati Id "Jadinya tak menjadi lagi la kalau setakat solat istikharah sekali jew..maknanya tu hanya mengikut perasaan jew. Lagipun aku ni bukannya alim, nak terus dapat petunjuk camtu...huhuu"
Malam esoknya, Kakak Id bertanya "Kenapa Id tanya camtu semalam?"
"Gurrllpp~errr, sebenarnya ada kawan kepada kawan Id tanya Id ni dah ada orang belum?" Beritahu Id tersipu-sipu malu.
"Buatlah solat istikharah. Walaupun untuk dijadikan kawan, better kita solat untuk dapat petunjuk dan lebih elok juga kalau kita berkawan dengan orang yang betul-betul akan jadi suami kita." Kata Kakak Id panjang lebar.
"Hmmm, tapi kak, Id rasa Id ni memilih laa."
"Tak salah memilih, sebab kita nak orang yang boleh jaga kita kelak tapi jangan terlampau pulak." Balas Kakak Id.
"Hmm, betul la tu kak."
------------------------------------------------------------------------------------
Bestfriend;
"Eh, Id camne cerita secret admire Id. Sunyi sepi jew."
"Entah lah Nana. Id pun tak tahu nak cakap. Semalam Id ada gak tanya Sir camne secret admire tu boleh kenal Id. Then Sir cakap, secret admire (kawan Sir) tanya ada tak budak yang sama negeri dengan dia. Tapi kan Nana, kenapa mesti Sir tu bagitaw nama Id pada kawan dia? Id tanya Sir, kenapa dia tanya gitu. Then Sir cakap yang dia nak kenal-kenal." Cerita Id pada kawan baiknya.
1001 persoalan bermain di minda Id. Kenapa dengan aku? Kenapa nak cari kawan Sir? Carilah kawan dia yang lain. Budak fac dia pun ramai yang 1 negeri. Musykil Id semakin menjadi-jadi.
"Mungkin tak Sir gosip-gosip pasal Id kat kawan dia kot. Sir cakap kat kawan-kawan dia yang Id ni baik." Jawab Nana.
"Tak mungkinlah Nana. Apa faedahnya dia promote Id." Bantah Id.
"Takpelah Nana, kalau ada jodoh antara kami adalah tu. Kalau tak biar jela. Malas nak serabutkan hati, minda. Kalau boleh Id tak nak kenal dengan orang yang akan jadi suami Id sebab tu Id suruh mama dengan abah jew yang carikan. InsyaAllah Id boleh terima kekurangan dia." Balas Id dengan nada yang redha dengan takdir ketentuan-Nya.
bersambung...........
No comments:
Post a Comment