Pages

Sunday, June 3, 2012

6 - Final exam

Pejam celik. Pejam celik. Pejam celik. Eh, dah tahun 3 sem 2 dah. Ada setahun lagi nak habiskan degree. Cepatnya masa berlalu kan.

Ohh~mata tolong lah bertahan demi tuanmu yang tercinta. Aku ingin tingkatkan pointer sem ni. Tolong hamba-Mu ini Ya Allah.

Sekarang ni musim cuti sekolah. So, ramai jugak lah pasangan yang telah mendirikan masjid. Yes.! Mendirikan masjid itu satu perkar yang mulia.

Mama, anak mama dah tak larat nak berkenalan dengan insan yang bergelar lelaki. Ya, anak mama taw belum ada jodoh lagi untuk kami bertemu. Tapi ia amat menyakitkan dan memedihkan. So, anak mama dah putuskan supaya mama dan abah sahaja yang mencarinya.

Terima Kasih mama & abah. I Love both of U.

Eh eh. Sebenarnya citer pasal final exam. Tetiba terkeluar pasal jodoh plak. haish. Usia yang semakin lanjut membuatkan kita sering terfikir. Tapi apakan daya kita, Allah yang menentukan segalanya. Kita hanyalah merancang. Apa yangg perlu kita lakukan, berdoa memohon kepada-Nya dengan hati yang ikhlas.

Jom sambung study. (^__^)v

Sunday, May 13, 2012

5 - Kenapa lelaki tinggalkan wanita?

Mesti kaum perempuan selalu tertanya-tanya kenapa mereka ditinggalkan. Padahal, tiada salah yang dilakukan mereka. 

Kadang-kadang kaum perempuan akan merasakan lelaki ini kejam kerana meninggalkan mereka tanpa sebab tapi sebenarnya ada sebab kenapa kaum lelaki meninggalkan kaum wanita.

Hanya satu sebab iaitu PENGHARGAAN. Ia!! Lelaki yang tidak mendapat penghargaan yang secukupnya daripada kaum perempuan akan meninggalkan perempuan tersebut. Itulah sifat lelaki yang kaum perempuan perlu tahu.

Lelaki nampak sahaja ego tapi mereka amat memerlukan penghargaan dari kaum perempuan yang mereka sayangi. Jika mereka merasakan mereka tidak dihargai, berjaga-jaga lah kaum wanita untuk berpatah hati.

Just a simple word BUT have a very very deep meaning.

Monday, May 7, 2012

4 - Secret Admire I

bersambung......

Hujung minggu Id banyak meluangkan masa dengan keluarga abangnya. Keluar jalan-jalan, makan sama-sama adalah rutin hujung minggu yang sudah biasa dilakukan. Id masih memikirkan macam mana dia nak memulakan perbualan tentang 'secret admire'nya.

Id memulakan perbualan apabila line sudah clear (abangnya tiada di samping isterinya) "Akak, Id nak tanya. Camne akak boleh terima abang?".

"Ohh~bukan senang-senang akak terima abang Id sebagai teman hidup akak. Akak buat solat istikharah selama sebulan juga. Dalam masa yang sama, akak sukakan seseorang jugak. Tapi tiap kali solat, akak berdoa ;Ya Allah, jika Dia yang telah Engkau pilih untuk aku terbitkanlah rasa suka, cinta dan sayang antara kami dan jika tidak jauhkanlah perasaan suka, cinta dan sayang antara kami. Selepas tu, perasaan suka akak pada seseorang tu hilang. Akak sukakan abang Id pulak...hehehee" Cerita kakak Id dengan panjang lebar serta gelak kecil segan mengenangkan bibit cinta yang ingin mula berputik.

"Oooo, macam tu ke? Ok kak, terima kasih banyak-banyak." Kata Id. Dalam hati Id "Jadinya tak menjadi lagi la kalau setakat solat istikharah sekali jew..maknanya tu hanya mengikut perasaan jew. Lagipun aku ni bukannya alim, nak terus dapat petunjuk camtu...huhuu"

Malam esoknya, Kakak Id bertanya "Kenapa Id tanya camtu semalam?"

"Gurrllpp~errr, sebenarnya ada kawan kepada kawan Id tanya Id ni dah ada orang belum?" Beritahu Id tersipu-sipu malu.

"Buatlah solat istikharah. Walaupun untuk dijadikan kawan, better kita solat untuk dapat petunjuk dan lebih elok juga kalau kita berkawan dengan orang yang betul-betul akan jadi suami kita." Kata Kakak Id panjang lebar.

"Hmmm, tapi kak, Id rasa Id ni memilih laa."

"Tak salah memilih, sebab kita nak orang yang boleh jaga kita kelak tapi jangan terlampau pulak." Balas Kakak Id.

"Hmm, betul la tu kak."

------------------------------------------------------------------------------------

Bestfriend;

"Eh, Id camne cerita secret admire Id. Sunyi sepi jew."

"Entah lah Nana. Id pun tak tahu nak cakap. Semalam Id ada gak tanya Sir camne secret admire tu boleh kenal Id. Then Sir cakap, secret admire (kawan Sir) tanya ada tak budak yang sama negeri dengan dia. Tapi kan Nana, kenapa mesti Sir tu bagitaw nama Id pada kawan dia? Id tanya Sir, kenapa dia tanya gitu. Then Sir cakap yang dia nak kenal-kenal." Cerita Id pada kawan baiknya.

1001 persoalan bermain di minda Id. Kenapa dengan aku? Kenapa nak cari kawan Sir? Carilah kawan dia yang lain. Budak fac dia pun ramai yang 1 negeri. Musykil Id semakin menjadi-jadi.

"Mungkin tak Sir gosip-gosip pasal Id kat kawan dia kot. Sir cakap kat kawan-kawan dia yang Id ni baik." Jawab Nana.

"Tak mungkinlah Nana. Apa faedahnya dia promote Id." Bantah Id.

"Takpelah Nana, kalau ada jodoh antara kami adalah tu. Kalau tak biar jela. Malas nak serabutkan hati, minda. Kalau boleh Id tak nak kenal dengan orang yang akan jadi suami Id sebab tu Id suruh mama dengan abah jew yang carikan. InsyaAllah Id boleh terima kekurangan dia." Balas Id dengan nada yang redha dengan takdir ketentuan-Nya.

bersambung...........




Sunday, May 6, 2012

3 - Secret Admire

Satu hari Amy membisikkan sesuatu kepada kawannya, Id.

"Id, Amy terdengar-dengar ada orang tanya Id dah berpunya ke belum."

"Siapa yang tanya tu?" Balas Id dengan relax dan cool.

"Mana boleh cakap, tapi orang yang minat Id tu, sama negeri dengan Id." Balas Amy.

"ooo yeke...takpelah kalau tak nak gtaw." Balas Id dengan nada yang kecewa dan berlalu pergi.

Dalam hati Id "Siapalah yang berkenan kat aku tu."

Malam tu, kami bertungkus lumus menyiapkan assignment yang perlu kami present keesokkan harinya.

Tiba-tiba Amy bertanya lagi depan kawan-kawan kami, "Id....Id...Id dah berpunya belum?"

Id tersentap!! Tambah dengan segan yang amat sangat. Dalam hati Id."Sebenarnya korang pun taw aku dah berpunya ke belum, kenapa masih bertanya? Saja ea, nak kan kepastian ke?" Id berlalu pergi.

Hati Id resah gelisah, ingin sangat untuk tahu siapakah secret admire tu? Tapi Id sedaya upaya menenangkan hatinya supaya tidak tersalah jalan dan mengikut perasaan.

Seminggu selepas itu, Id melakukan solat istikharah sebagaimana yang disarankan jika kita hendakkan petunjuk dari Allah yang Maha Mengetahui. Untuk memilih adakah ini akan menjadi pilihan yang terbaik untuk dirinya.

Selepas itu, Id menelefon maknya di kampung.

"Mama, ada cerita yang Id nak bagitaw mama."

"Apa ceritanya?"

"Mama, sebenarnya....sebenarnya...kalau ada orang minat kat Id dan dia 1 negeri dengan kita, Id reject dia terus boleh? Mama pun taw yang Id tak nak bakal suami Id sama negeri dengan Id"

Jangkaan Id, mama akan menjawab "Tak payah nak menggatal lagi, habiskan belajar dulu."

Tapi jangkaan Id meleset. "Orang mana? Tinggal mana? Cuba kenal dengan dia dulu. Jangan nak main reject jew terus."

"errr...hmmm...tak taw mama. Kawan Id yang bagitaw." Balas Id tergagap-gagap tidak menyangka mama akan memberi jawapan sedemikian.

Mungkinkah ini petunjuk dari Allah? Sampai sekarang Id masih tertanya-tanya. Apa yang diharapkan Id sekarang adalah semoga secret admire Id, ikhlas untuk menerima Id seadanya.


"Ya Allah, sekiranya dia ditakdirkan untukku dan aku ditakdirkan untuknya, maka peliharalah kami dalam batas-batas syariat. 
Ya Allah, sekiranya dia tidak ditakdirkan untukku dan aku tidak ditakdirkan untuknya, maka jauhilah diriku daripada memikirkannya dan jauhilah dirinya daripada memikirkanku." Amin.

bersambung......

Saturday, May 5, 2012

2 - Ciri-Ciri Bakal Suami

Apabila ditanya macam mana ciri-ciri calon suami yang awak inginkan?

Jawab saya,

> Kuat agama
   Boleh bimbing saya nanti.

> Tak nak 1 Sekolah, 1 Matrik, 1 Fac, 1 U, 1 Negeri.
    Kenapa tak nak 1 Negeri?
    Sebab tempat yang sama jew. Membesar pun kat situ, nanti tinggal pun kat situ.
    Boleh dikatakan tak berkembang kot.
    Tapi kalau dah jodoh, nak buat camne kan. 

> Tak nak yang muda dari saya.
    Yang ni dapat dielakkan.

> Nak yang handsome macam Aaron Aziz tu, memang tak dapat la kan.
   Tapi kalau dah jadi suami, memang dialah yang paling handsome lah.

> Saya tak nak kenal dia sehinggalah dia sememangnya akan menjadi suami saya.

** Setakat ni dulu kot. Yang lain akan diusulkan kemudian.




Friday, May 4, 2012

1 - Istikharah cinta


Walaupun bukan dia yang aku inginkan, tapi aku yakin dengan istikharah yang telah aku lakukan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku buka pintu hati aku untuk dia keturunan Adam. 

Aku bersyukur kerana Allah menjarakkan hubungan aku dengan dia. 

Ya Allah, jika dia yang telah Engkau tetapkan untuk membimbing aku ke jalan-Mu, aku redha Ya Allah. 

Sesungguhnya aku mencintai dia kerana agama-Mu.

Akan tetapi aku tidak berani untuk meletakkan harapan yang dialah yang akan menjadi imamku.

Aku berserah dan berdoa memohon kepada-Mu. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Mu ini.